بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan rahmat dan keizinan daripada-Nya menggerakkan kami berkumpul dan membentuk satu kumpulan Usrah di kalangan guru-guru daerah Tamparuli dan Tuaran.Kelahiran kumpulan Usrah ini hasil daripada cetusan dan galakan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Negeri Sabah (SPPIM)pada tahun 2006. Maka kami pun meneliti dan menyelami intipati serta aspirasi usrah yang diilhamkan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna sebagai panduan dalam menghidupkan gerkan Usrah kumpulan kami.
OBJEKTIF
- Menambah pemahaman dan penghayatan cara hidup Islam yang sebenarnya.
- Membantu ahli mengembangkan potensi diri untuk merealisasikan ajaran Islam.
- Sebagai institusi untuk saling mengeratkan silaturrahim dan saling membantu antara anggota.
- Menjalankan kegiatan-kegiatan yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi Al-Quran dan As-Sunnah.
- Sebagai tulang belakang bagi pembinaan harakah Islam (pergerakan Islam) khususnya di daerah ini.
- Sebagai institusi pendidikan yang lengkap bagi melaksanakan proses ta’lim, tarbiyah dan melahirkan individu-individu mithali.
- Mewujudkan pemahaman dan persefahaman di kalangan anggota untuk memikul tanggungjawab dan tuntutan ’amal Islami iaitu melaksanakan kerja-kerja da’wah ke dalam masyarakat setempat.
MISI
Membentuk keperibadaian muslim sejati dari aspek akidah, pemikiran, keilmuan, perilaku, gerakan dan pengurusan.
VISI
Mendapat Rahmat dan Keredhaan daripada Allah S.W.T
Saturday, May 15, 2010
Usrah Guru - Guru Tamparuli Tuaran



