وعن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏

‏”‏ إن الله لا ينظر إلى أجسامكم ، ولا إلى صوركم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم‏”‏ ‏
(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏
Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.” (Riwayat Muslim)

Friday, May 14, 2010

PENGHULU ISTIGHFAR




Keterangan dan Petua Beramal


Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.
(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa)

Menerusi ungkapan doa ini, Muslim akan menyebut seikhlas hatinya pengharapan kepada kasih sayagnya agar diberi keampunan daripada dosa yang dilakukan. Al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar meletakkan istighfar ini antara himpunan doa pengharapan yang wajar dibacakan untuk beroleh keampunan.

” Barangsiapa yang membaca doa ini di petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni Surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.”
(HR Bukhary 5831)


0 ulasan:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More