وعن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏

‏”‏ إن الله لا ينظر إلى أجسامكم ، ولا إلى صوركم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم‏”‏ ‏
(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏
Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.” (Riwayat Muslim)

Monday, February 6, 2012

Ya Rasulullah kami merinduiMu...

Salam Maulidur Rasul
 

Sahabat yang dirahmati Allah... Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.
Allah Subhannahu wa Ta’ala telah berfirman di dalam Al-Qur’an yang bermaksud ; “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. 33:56)

 Berikut adalah antara hadith-hadith Nabi yang menerangkan keutamaan berselawat.
Dari Abu Hurairahz bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; “Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a , bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; “Barang siapa berselawat atasku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, menghapus darinya sepuluh keburukan, dan mengangkatnya sebanyak sepuluh darjat.” (HR Ahmad dan an-Nasai ).

Dari Abdullah bin Amr bin Ashz ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda ; “Apabila kamu mendengarkan muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian berselawatlah kepadaku karena barang siapa yang berselawat atasku sekali saja, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah untukku al-Wasilah, sesungguhnya ia adalah kedudukan di Syurga yang tidak layak kecuali hanya untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Dan aku berharap agar hamba tersebut adalah aku, barang siapa yang meminta kepada Allah al-Wasilah untukku, maka berhak atasnya syafaat.” (HR. Muslim)

Dari Abu Darda’zia berkata, “Telah bersabda Rasulullah S.A.W ; “Perbanyaklah selawat atasku pada Hari Jum’at karena ia disaksikan, dan para malaikat pun menyaksikan. Dan sungguh tidaklah seseorang berselawat atasku, kecuali akan diperlihatkan kepadaku selawatnya hingga ia selesai darinya.” Dia mengatakan,”Aku berkata, ”Dan juga setelah meninggal dunia? Nabi menjawab, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.”(HR Ibnu Majah dan al-Mundziri menyatakan jayyid)

Dari Aus bin Auszia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; ”Termasuk hari-hari kalian yang utama adalah hari Jum’at, pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, pada hari itu ditiup sangkakala dan terjadi suara keras yang mematikan. Maka perbanyak-lah selawat atasku pada hari itu, sesungguhnya selawat kalian diperlihatkan kepadaku” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Dari Abu Umamahzdia berkata, ”Rasulullah S.A.W telah bersabda ; “Perbanyaklah selawat kepadaku pada Hari Jum’at, karena selawat dari umatku diperlihatkan pada tiap-tiap Hari Jum’at. Barang siapa yang lebih banyak selawatnya kepadaku maka ia lebih dekat kedudukannya dariku.”(HR. al-Baihaqi dihasankan oleh al-Albani).

Dari Abu Hurairahzia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda ; “Sungguh rugi seseorang yang disebutkan diriku disisinya namun tidak berselawat atasku.” (HR. At-Tirmidzi)

Dari Ibnu Abbasz berkata,”Telah bersabda Rasulullah S.A.W ; “Barang siapa melupakan (meninggalkan) selawat terhadapku maka akan tersalah dia dari jalan surga.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Husain r.a, dari Nabi S.A.W bersabda ; “Orang bakhil adalah orang yang diriku disebut di sisinya namun tidak berselawat kepadaku.” (HR. An-Nasai )

Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata ; ”Wahai Rasulullah, sungguh aku akan memperbanyak selawat atasmu, maka seberapa banyak kujadikan do’aku untuk berselawat kepadamu? Beliau menjawab, “Sekehendakmu” Dia bekata, “Aku mengatakan, “Apakah seperempatnya?” Beliau menjawab, “Terserah kamu, dan jika engkau menambah, maka itu lebih baik bagimu.” Aku berkata, ”Apakah separuhnya?” Rasul menjawab, ”Terserah kamu, dan jika kamu menambah, maka itu lebih baik bagimu.” Aku lalu berkata, “Apakah dua per tiganya?” Nabi menjawab, “Terserah kamu dan jika kamu menambahnya, maka itu lebih baik bagimu.” Aku berkata, ”Apakah aku berselawat kepadamu sepanjang hariku.” Beliau bersabada, “Kini telah cukup keinginan dan kesungguhanmu dan Allah mengampuni dosa-dosamu.” (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi).

Dari ‘Amir bin Rubai’ahzia berkata ; “Saya mendengar Rasulullah S.A.W berkhutbah dan bersabda, “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka malaikat senantiasa berselawat kepadanya selagi ia masih berselawat kepadaku. Maka seorang hamba boleh menyedikitkan atau memperbanyaknya.”

Dari Aliz ia berkata, “Setiap do’a terhalang, sehingga diucapkan selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad.”(riwayat ath-Thabrani )

Dari Umar bin Khaththabz secara mauquf ; ”Sesungguhnya do’a terhenti di antara langit dan bumi, ia tidak naik sama sekali, sehingga disampaikan selawat kepada Nabimu Shallallaahu alaihi wa Salam .” (Riwayat at-Tirmidzi ).

Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kitab “jala’ul afham” menyebutkan ada lebih kurang empat puluh fadhilat berselawat atas Nabi S.A.W  di antaranya ialah :

  1. Berselawat merupakan satu bentuk pelaksanaan perintah Allah dan selaras terhadap apa yang DIA lakukan iaitu selawat terhadap Nabi S.A.W . Para malaikat juga menyampaikan selawat atas Nabi. Orang yang mengucapkan satu selawat kepada Nabi S.A.W akan mendapatkan sepuluh selawat dari Allah Subhannahu wa Ta’ala . 
  2. Pelakunya akan diangkat sebanyak sepuluh darjat, ditulis untuknya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh keburukan. 
  3. Apabila dibaca sebelum berdo’a, maka akan sangat memungkinkan untuk dimakbulkan do’a itu. 
  4. Menjadi penyebab untuk mendapatkan syafa’at. 
  5. Menjadi asbab untuk diampunikan dosa-dosa. 
  6. Menjadi asbab Allah memberikan kecukupan bagi keperluan seorang hamba. 
  7. Selawat akan mendekatkan kedudukan seorang hamba dengan Nabi S.A.W nanti pada hari kebangkitan kelak. 
  8. Selawat disejajarkan pahalanya dengan sedekah kepada orang yang kesusahan. 
  9. Selawat merupakan salah satu sebab terpenuhinya hajat. 
  10. Dengan berselawat kepada Nabi S.A.W , maka Allah dan para malaikat juga akan berselawat terhadapnya. 
  11. Merupakan pembersih dan penyucian bagi orang yang melakukannya. 
  12. Merupakan sebab seorang hamba mendapatkan khabar gembira dengan syurga sebagai balasan menjelang saat dia meninggal dunia. 
  13. Menjadi sebab terbebasnya seseorang dari huru-hara pada Hari Kiamat. 
  14. Nabi akan membalas ucapan selawat dan salam kepada orang yang mengucapkannya terhadap baginda. 
  15. Ia menjadi sebab untuk teringatnya kepada sesuatu apa yang kita terlupa. 
  16. Merupakan sebab untuk baiknya sesuatu majlis dan dapat menyelamat-kan dari buruknya sesuatu majlis yang tidak disebut di dalamnya nama Allah. 
  17. Menjadi penyebab hilangnya kefakiran.
  18. Menghilangkan sifat bakhil pada seorang hamba. 
  19. Dapat menjadikan orang yang mengucapkan selawat terbimbing untuk menuju jalan ke Syurga. 
  20. Menjadikan sebab terpancarnya cahaya bagi seorang hamba, ketika melepasi titian ash-Shirath (Titian yang perlu dilepasi pada hari kebangkitan). 
  21. Menjadikan seseorang dapat terbebas dari tabiat yang keras dan kasar. 
  22. Merupakan penyebab untuk mendapat keberkatan amal dan umur orang yang mengucapkannya. Menjadi penyebab untuk mendapatkan rahmat dari Allah. 
  23. Selawat dapat menjadikan seseorang terus-menerus mencintai Rasulullah dan bahkan akan selalu bertambah cintanya. 
  24. Ia akan menjadikan seorang hamba mendapat hidayah dan menghidupkan hati. 
Sumber : Kutaib, “Fahlail wa Tsamarat ash-Shalih ‘an Nabi saw,” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan.


0 ulasan:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More